Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Tahun 2021

penjajaran kurikulum 2021

Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Tahun 2021. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik penerangan tentang pelaksanaan kurikulum bagi tahun 2021 yang merangkumi Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Bagi Tahun 2021 dan Program Transisis Tahun Satu 2021 untuk dijadikan panduan kepada sekolah semasa sesi pembukaan persekolahan tahun 2021.

Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0

Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan. 

Pedagogi penjajaran kurikulum 2.0 dirancang untuk mengambil kira kesesuaian kandungan pembelajaran, pentaksiran serta kemudahan infrastruktur dan sumber yang ada

Pentaksiran bagi penjajaran kurikulum 2.0 dilaksanakan menggunakan standard prestasi melalui pelbagai mod pentaksiran bersesuaian dengan PdP yang dijalankan

Objektif Penjajaran Kurikulum 2.0

Objektif Penjajaran Kurikulum 2.0 merangkumi

  • Mengklusterkan kandungan kurikulum yang diperlukan oleh murid untuk meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya
  • Memberi peluang kepada guru dan murid untuk melaksanakan PdP Kurikulum yang terkesan akibat bencana
  • Menyediakan dokumen yang diajarkan sebagai panduan utama guru untuk melaksanakan PdP khususnya semasa bencana
  • Menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang pelaksanaan PdP serta menyesuaikan dengan pelbagai keperluan semasa mata pelajaran

Panduan Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0 boleh dimuat turun melalui laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

Sumber

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)



Previous Post Next Post