Iklan Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022 akan dibuka mulai 31 Mei hingga 8 Ogos 2021.
Proses sokongan Ketua Jabatan bagi permohonan mengikuti NPQEL ambilan tahun 2022 akan berakhir pada 15 Ogos 2021.
Aspirasi
1. Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014.
2. Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.
Sila layari Laman NPQEL MPPS dan KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan ini.