Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Keputusan eGtukar Pada 1 Jun 2021

egtukar 1 jun 2021

Semakan keputusan pertukaran antara bahagian/antara  negeri  serta pertukaran antara daerah dan dalam daerah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Jun 2021 boleh disemak melalui modul pertukaran guru (eGtukar) seperti ketetapan berikut;

  • Pertukaran Antara Bahagian / Antara Negeri Pada 01 Jun 2021
  • Pertukaran Antara Daerah Dan Dalam Daerah Pada 07 Jun 2021
  • Keputusan Penempatan Antara Bahagian / Antara Negeri Pada 07 Jun 2021



Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah


  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Semakan Pertukaran


Semakan permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun 2021 boleh dilakukan melalui pautan epgo.moe.gov.my

Analisis Permohonan eGTukar 


Berdasarkan statistik di portal eGTukar, Kelantan dan Terengganu masih menjadi negeri yang mempunyai permohonan masuk yang paling tertinggi bagi sekolah rendah dan menengah. Manakala permohonan keluar banyak berlaku di Johor dan Selangor bagi sekolah rendah dan menengah untuk sesi 2021.

Post a Comment for "Keputusan eGtukar Pada 1 Jun 2021"