Keputusan eGTukar Daerah Pada 5 Julai 2021

Semakan keputusan pertukaran antara daerah dan dalam daerah serta keputusan penempatan antara bahagian/antara negeri yang telah dijadualkan pada 7 Jun 2021 telah dipinda kepada tarikh yang baru iaitu 5 Julai 2021. 


Pertukaran boleh disemak melalui modul pertukaran guru (eGtukar) seperti ketetapan berikut;

  • Pertukaran Antara Daerah Dan Dalam Daerah Pada 05 Julai 2021
  • Keputusan Penempatan Antara Bahagian / Antara Negeri Pada 05 Julai 2021


Jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. 


egtukar 2021


Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah


  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Semakan Pertukaran


Semakan permohonan pertukaran guru bagi pertukaran antara daerah dan dalam daerah serta keputusan penempatan antara bahagian/antara negeri boleh dilakukan melalui pautan epgo.moe.gov.my

Previous Post Next Post