Laporan Analisis Keputusan SPM 2020

analisis spm 2020



TAHNIAH kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang telah menerima keputusan SPM  yang telah diumumkan pada hari ini. 


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan  Laporan Analisis Keputusan SPM 2020 dalam laman rasminya untuk rujukan umum tentang keputusan SPM 2020. 


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan.


Di bawah adalah ringkasan analisis keputusan SPM 2020 yang terdapat dalam laporan yang telah dikeluarkan oleh KPM. 


Gred Purata National (GPN)


Pencapaian calon bagi tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun 2019. GPN tahun 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019 iaitu perbezaan sebanyak 0.06


Gred Purata Mengikut Lokasi


Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan. Namun, pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding calon di bandar. Hal ini menyebabkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada tahun 2020 berbanding 0.44 tahun 2019. 


Prestasi Mata Pelajaran

Keputusan peperiksaan SPM 2020 menunjukkan sebanyak 43 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 39 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan satu mata pelajaran kekal daripada keseluruhan 83 mata pelajaran yang ditawarkan.


Untuk maklumat lanjut tentang analisis prestasi SPM bagi tahun 2020 boleh lah muat turun laporan analisis yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk rujukan.


[Download]  Laporan Analisis Keputusan SPM 2020


Sumber: KPM

Previous Post Next Post