Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2022

mrsm 2022


MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.


Permohonan ke MRSM 2022

Permohonan kemasukan ke MRSM tingkatan 1 dan 4 boleh dilakukan secara atas talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021. Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara online melalui pautan di bawah


 https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/


NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi.


Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan di bawah

 https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/


Syarat Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM yang disediakan di pautan ini.


Sumber : Majlis Amanah Rakyat  

Previous Post Next Post