Info Pantas? Join telegram kami Cikgu Press Join Now!

Sekolah Akan Tetap Dibuka 3 Oktober

Sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.
sekolah dibuka 3 oktober
Gambar Hiasan (Sumber: utusanborneo)


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.


Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN)


Antara ringkasan berita yang dilaporkan Astro Awani [Berita lanjut] kita boleh ringkaskan bahawa;


✅ Keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. 


✅ Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.


✅ Sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


✅ Beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan


✅ Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat


✅ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menjalankan sesi libat urus yang memasuki fasa akhir ketika ini dalam memastikan segala input-input penting dapat dimasukkan dalam Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah.


✅ Pembukaan sesi sekolah itu bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.


Sumber: Astro Awani

Post a Comment

Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.