Permohonan Ke Sekolah Khusus 2022 Dibuka 10 Oktober

sekolah khusus 2022


Berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman rasmi facebook KPM, permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 boleh dibuat secara dalam talian bermula dari 10 Oktober hingga 15 November 2021

Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Khusus

Permohonan ke Tingkatan 1 bagi kemasukan ke sekolah khusus tahun 2022, boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my.

Permohonan Tingkatan 4 Sekolah Khusus

Bagi permohonan ke Tingkatan Empat ke sekolah khusus boleh dibuat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

Semakan pusat pentaksiran

Pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat secara dalam talian bermula 1 Disember 2021. 

Tarikh Pentaksiran

Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu dan 7 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat

Komponen yang akan ditaksir adalah 

  • kecerdasan insaniah (20 peratus)
  • kecerdasan intelektual (70 peratus) 
  • artikulasi penulisan (10 peratus)

Syarat Permohonan ke Sekolah Khusus 2022

Syarat permohonan ke sekolah khusus adalah seperti berikut;

  • warga negara Malaysia
  • berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • murid Tahun Enam 2021 berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 dan hingga 1 Januari 2010 
  • pelajar Tingkatan Tiga 2021 berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007

Sumber: KPM

Sekolah Khusus 2022

Sekolah Khusus 2022

Sekolah Khusus 2022


Previous Post Next Post