Semakan Keputusan Temuduga Guru (Pengambilan Khas)

temuduga guru


Semakan temuduga pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off tahun 2021 (Fasa 1) Telah dibuka.

Keputusan temu duga Fasa 1 adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :

  • BAHASA CINA;
  • BAHASA IBAN;
  • BAHASA KADAZANDUSUN;
  • BAHASA SEMAI;
  • PENDIDIKAN MUZIK;
  • TAHFIZ;
  • (SJKC) BIMBINGAN DAN KAUNSELING;
  • (SJKC) MATEMATIK;
  • (SJKC) PENDIDIKAN MUZIK;
  • (SJKC) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN;
  • (SJKC) PENDIDIKAN KHAS;
  • (SJKC) PENDIDIKAN MORAL;
  • (SJKC) PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL;
  • (SJKC) REKA BENTUK TEKNOLOGI; dan
  • (SJKC) SEJARAH.

 

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut: semakan.spp.gov.my

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Previous Post Next Post