M2P merupakan satu pilihan strategi yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Melalui Strategi M2P guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan seterusnya membuat pecutan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid.
Melalui Strategi M2P juga, guru dapat membezakan
- aktiviti
- proses
- produk
- persekitaran PdP mereka mengikut keperluan murid.
Selain itu, strategi ini dapat memberi guru autonomi untuk menjadikan pelaksanaan kurikulum lebih fleksibel dan perancangan PdP dapat difokuskan kepada keperluan murid secara individu. Strategi ini boleh digunakan semasa PdP dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK).
Objektif Pelaksanaan Strategi M2P
- Menyediakan pendekatan PdP yang bersesuaian supaya potensi dan keupayaan murid dalam pembelajaran dapat dioptimumkan.
- Menjimatkan masa pembelajaran murid yang telah menguasai sesuatu kandungan kurikulum.
- Memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza agar elemen ekuiti dapat dicapai.
- Menjadikan pembelajaran mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
- Meningkatkan amalan inklusif guru dalam pelaksanaan PdP.
- Menggalakkan amalan refleksi guru dalam meningkatkan kualiti PdP.
Garis Panduan Strategi M2P Download
Sumber: KPM