Inovasi meja serbaguna yang dinamakan Smart and Easy Table (SnET) 2.0 oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Permai iaitu Mohammad Sabarullah Shaik Ismail adalah satu langkah penyelesaian menangani isu beg berat dalam kalangan murid di sekolah rendah.
Pengubahsuaian meja dan kerusi yang sedia ada dilakukan bagi tujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisien selain meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid hadir ke sekolah.
Baca juga 7 Pendekatan Menangani Isu Beg Berat
Inovasi meja serbaguna SnET 2.0 ini dilakukan menerusi jalinan kerjasama antara pihak Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda (SMKRTU) serta sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Dengan adanya inovasi seumpama ini, ia sedikit sebanyak membantu untuk mengatasi isu beg berat di kalangan murid sekolah rendah.
Selain menggunakan pendekatan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu beg berat, inovasi SnET 2.0 ini juga boleh digunakan sebagai altenatif untuk menangani isu beg berat di kalangan murid sekolah rendah.
Video: Buletin Didik