Semakan Tawaran Sekolah Khusus Pada 15 Mac



Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 boleh dibuat mulai 15 Mac 2022 iaitu hari Selasa 

Senarai Sekolah Khusus

Tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus itu melibatkan 

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV) 
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

Cara Membuat Semakan

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my Visit Link bagi kemasukan ke Tingkatan Satu.

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my Visit Link untuk kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM

Pendaftaran Kemasukan

Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA ditetapkan pada 21 hingga 25 Mac ini, manakala pendaftaran secara fizikal akan dimaklumkan kemudian.

Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA juga pada 21 hingga 25 Mac manakala pendaftaran secara fizikal pada 5 April.

Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV pula pada 7 April manakala pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

Previous Post Next Post