Program Penajaan HLP Sarjana dan PhD Sesi 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon penajaan pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa di bawah Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2023. 


Cara Membuat Permohonan

Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 13 April 2022 hingga 20 Mei 2022. Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login  Visit Link


Untuk makluman, terdapat penambahbaikan dalam proses permohonan program HLP Sesi 2023 yang mana keseluruhan prosesnya melibatkan secara dalam talian sepenuhnya (end to end). Sehubungan itu, tuan/ puan adalah dimohon untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada tatacara permohonan yang ditetapkan. Sila pastikan tuan/ puan membaca dan memahami maklumat dalam dokumen-dokumen berikut sebelum mengemukakan permohonan ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan program penajaan ini boleh melayari laman https://esilav2.jpa.gov.my/ Visit Link


Sumber: JPA

hlp sarjana dan phd 2023


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post