Portal Aduan Buli KPM

aduan buli

Portal aduan buli telah dilancarkan pada 18 Ogos 2022 bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. 

Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. 

Saluran tersebut adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel (adubuli@moe.gov.my) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu. Turut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.


Previous Post Next Post