5 Jenis Pelakuan Buli Yang Digariskan KPM

buli

Pada 18 Ogos 2022 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan satu portal aduan buli bagi membolehkan ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa buli membuat laporan secara terus kepada kementerian.

Melalui portal aduan buli yang dibangunkan oleh KPM, mereka yang menjadi mangsa buli boleh menyampaikan maklumat dianggap sulit tanpa perlu bimbang diketahui oleh rakan atau guru. Ini adalah satu inisiatif yang baik bagi membendung gejala buli terutamanya di sekolah dan asrama.

Jenis Pelakuan Buli

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh KPM, terdapat 5 jenis pelakuan buli, antaranya ialah

  1. Peras ugut (minta duit, menyembunyikan barang mangsa, menjadi orang suruhan)
  2. Memulau (tidak dimasukkan dalam kumpulan, tidak suka murid yang ikut peraturan)
  3. Isyarat Bukan Lisan (jelir lidah, jegil mata, isyarat lucah)
  4. Fizikal (pukul, tendang, cubit)
  5. Lisan (ejek, mencarut)

buli

Hukuman Disiplin

Antara hukuman disiplin yang akan dikenakan kepada pembuli ialah
  1. Dirotan tidak lebih daripada 3 kali rotan
  2. Digantung dari sekolah selama 14 hari
  3. Dibuang dari sekolah

buli

Aduan Buli

Aduan buli boleh dilakun melalui beberapa cara seperti di bawah 

  • Sistem Aduan SISPAA - KLIK SINI
  • Emailkna laporan anda kepada adubuli@moe.gov.my
  • Membuat panggilan telefon menerusi 0388849325 (Telefon Pejabat)
  • Hantar aduan melalui nombor 0148009325 (Telefon/WhatsApp)

Sumber Rujukan/ Infografik

  • https://www.moe.gov.my/aduanbuli

Previous Post Next Post