Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2022

hari kebangsaan 2022
Gambar: merdeka360.my

Setiap tahun pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyambut bulan kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Sambutan kemerdekaan ini dianjurkan bagi memperingati sejarah pahit getir negara ini untuk bebas dari penjajah. Selain itu, sambutan kemerdekaan di anjurkan di sekolah-sekolah bagi mendedahkan generasi muda tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan bebas.

Baca Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2022

Kemerdekaan tidak akan diperolehi jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Dengan menyambut hari kemerdekaan dan menghayati erti kemerdekaan, kita dapat belajar pahit getir nenek moyang kita berjuang demi mempertahankan negara kita dari dijajah.

Dengan menghayati bulan kemerdekaan, kita dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia.  Sempena bulan kemerdekaan ini, jangan kita biarkan anasir luar mengugat kedaulatan negara kita. Hayati dan semailah semangat cintakan kemerdekaan di dalam hati. Kuatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Baca juga Cadangan Gimik Pelancaran Hari Kemerdekaan

Hari ini CikguPress nak kongsikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah 

Cadangan Pertandingan Bulan Kemerdekaan 

  1. Pertandingan menyanyi lagu patriotik antara kelas
  2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan (mungkin boleh menggunakan borang biasa, mobile apps, google form, quizze dan lain-lain)
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak 
  4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  5. Pertandingan membuat blog hari kemerdekaan (blogspot, wordpress dan lain-lain)
  6. Pertandingan  mewarna
  7. Pertandingan memasak makanan tradisional
  8. Pertandingan menulis esei hari kemerdekaan  atau tokoh kemerdekaan
  9. Pertandingan membina replika/tugu kebangsaan dengan bahan terbuang 
  10. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan gunakan pelbagai aplikasi telefon dan lain-lain
  11. Pertandingan "selfie" sempena Hari Kebangsaan
  12. Pertandingan teka silang kata
  13. Pertandingan tarian tradisional atau warisan tradisional (kuda kepang, dikir barat dan lain-lain)
  14. Pertandingan permainan tradisional (wau, gasing, congkak, batu seremban dan lain-lain)
  15. Pertandingan melukis kartun atau karikatur tokoh merdeka
  16. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  17. Pertandingan mencipta doodle hari kemerdekaan
  18. Pertandingan melukis batik
  19. Pertandingan pakaian bertema hari kebangsaan
  20. Pertandingan mencipta lagu hari kebangsaan
  21. Pertandingan fotografi
  22. Pertandingan Reel facebook atau tiktok
  23. Pertandingan berpantun hari kemerdekaan dan hari kebangsaan
  24. Pertandingan membuat dan menghias roket air sempena kemerdekaan
  25. Pertandingan menghias basikal bertemakan hari kebangsaan

Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan 

  1. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan 
  2. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  3. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  4. Membuat portfolio sejarah kemerdekaan
  5. Melukis gambar tokoh kemerdekaan
  6. Larian kemerdekaan / hari kebangsaan
  7. Konvoi merdeka
  8. Kibarkan jalur gemilang 
  9. Pameran sejarah
  10. Hasilkan sudut patriotik di dalam kelas
  11. Bicara spontan Hari Kebangsaan dalam kelas
  12. Ceramah bulan kemerdekaan 
  13. Ceramah tokoh-tokoh kemerdekaan 
  14. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti muzium atau bangunan bersejarah
  15. Laungan merdeka
  16. Membina replika atau tugu kebangsaan
  17. Tayangan video sempena kemerdekaan 
  18. Memakai pakaian tradisional
  19. Menggantung atau menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  20. Gotong royong sempena hari kebangsaan
  21. Pelancaran Hari Kemerdekaan 
  22. Perarakkan Hari Kemerdekaan secara berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya
  23. Majlis penutup hari kemerdekaan dan hari kebangsaan

Semoga perkongsian ini memberi infomasi dan maklumat kepada sekolah-sekolah dalam merancang program sempena hari kemerdekaan. Siapa lagi yang ingin menanam sikap patriotisme di kalangan pelajar jika bukan guru kan? Jom semai semangat kemerdekaan dalam diri pelajar kita. Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Kebangsaan.

Jangan lupa kongsikan aktiviti di sekolah cikgu2 ya..
Previous Post Next Post