Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2023

 

tema hari guru 2023

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" adalah tema sambutan hari guru 2023 yang dipilih pada tahun ini dan telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek 

Konsep Tema Hari Guru 2023

Konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 adalah membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.

Sementara itu, tema pada kali ini juga memfokuskan kepada “Kesediaan guru mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:

  • Jati Diri dan Kenegaraan
  • Roh dan Jiwa Guru
  • Pengetahuan dan Kemahiran

Previous Post Next Post