Permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023
Permohonan kemasukan ke prasekolah boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi e-Prasekolah KPM dengan klik pautan di bawah
Permohonan secara manual boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon bermula juga pada 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023
Syarat Kelayakkan
- Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon
Semak status permohonan prasekolah 2024
Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2024 bermula pada 5 Ogos 2023 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023. Sila rujuk manual pengguna untuk panduan [Download]
Permohonan bagi pengguna baru
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
Sumber: KPM