Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022

 

keputusan stam 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April 2023(Selasa). 

Seramai 4,634 orang calon telah menduduki  peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh  negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan  akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan. 

Cara membuat semakan

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  • secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul  6.00 petang pada 24 April 2023; dan/atau
  • secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 dengan  menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi  pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.


Sumber KPM
Previous Post Next Post