Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat ketetapan untuk memberikan cuti khas pada 19 April 2023 (Rabu) kepada semua institusi pendidikan bawah KPM.
Pemberian cuti khas ini dibuat bagi memudahkan perancangan dan persiapan awal kepada semua murid, guru dan warga sekolah untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada murid asrama dan guru yang perlu merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.
Kenyataan Media Tambahan Cuti Perayaan
Sumber: KPM