Program Gotong Royong Madani KPM

 

gotong royong madani

YAB Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bag pelaksanaan program gotong royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.

Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan memupuk berpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibubapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.

Gotong-royong bermaksud suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama, tolong-menolong dan bersifat sukarela

Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambah baik aspek kebersihan, kesihatan  dan keselamatan institusi pendidikan KPM. Peranan ini direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan 3K peringkat sekolah. Program gotong-royong merupakan satu aktiviti bawah program 3K.

Muat turun Buku Program Gotong-Royong MADANI

Program gotong-royong merupakan aktiviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik.

Objektif Gotong Royong Madani 

Objektif Gotong-royong ialah

  • meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah
  • mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)
  • memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat
  • membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan)
  • memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggugjawab, bertolak ansur dan rajin

Tempoh Pelaksanaan Gotong Royong Madani 

Tempoh pelaksanaan program gotong royong MADANI bermulai Julai hingga September 2023 (Sabtu yang dibenarkan atau hari lain mengikut budi bicara pengetua/guru besar)

Previous Post Next Post