SK Seri Permai Terpilih Antara 3 Sekolah Terbaik Dunia

 SK Seri Permai, Bayan Baru, Pulau Pinang berjaya membanggakan negara apabila tersenarai antara tiga terbaik di dunia dalam kategori inovasi pertandingan World's Best School Prizes 2023.

Kejayaan ini sekaligus mengiktiraf inovasi yang dihasilkan SK Seri Permai menerusi Smart n Easy Table (SnET) 2.0 yang bertujuan untuk mengatasi isu beg sekolah berat.

SnET 2.0 merupakan inovasi meja dan ruang simpanan buku yang membantu mengatasi isu masalah beg sekolah berat di sekolah itu. Ia merupakan hasil inovasi Guru Besar, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail.

Menurut Mohammad Sabarullah, ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat sekolah berkenaan menerusi hasil inovasi SnET 2.0.

Katanya inovasi pertama di Malaysia dan di dunia itu bukan hanya menangani masalah beg berat iaitu daripada tujuh hingga 10 kilogram (kg) kepada kira-kira 2.5kg bagi setiap murid, ia juga meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah.

"Inovasi ciptaan saya dengan bantuan guru-guru ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih kondusif dalam kalangan murid sekolah sehingga menarik minat beberapa negara lain untuk menghasilkan SnET 2.0 di sekolah mereka," katanya.

Selain SK Seri Permai, dua lagi sekolah yang disenaraikan dalam tiga teratas ialah Crimson Global Academy, New Zealand dan The Riverside School, India.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua sekolah di seluruh negara.



1 Comments

  1. Perkongsian yang menarik dan dapat dicontohi oleh sekolah lain

    ReplyDelete
Previous Post Next Post