Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2024

Malaysia Madani Jiwa Merdeka


‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024

Baca 200 Cadangan Aktiviti Bulan Kebangsaan 2024

Mengenai logo HKHM 2024, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Penjelasan Tema Hari Kebangsaan 2024

MALAYSIA MADANI merupakan tunjang kepada KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA melalui dukungan 6 NILAI TERAS UTAMA.

JIWA MERDEKA adalah penzahiran kepada KEBEBASAN RAKYAT MALAYDIA daripada sebarang elemn negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek PEMIKIRAN, INTEGRASI SOSIAL DAN EKONOMI seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukus, harmoni dan progresif.

MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA merupakan PERLAMBANGAN KESEPADUAN secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya

tema hari kebangsaan 2024


Rasional Logo Malaysia Madani

Logo Malaysia Madani

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Video Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2024


Previous Post Next Post