Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2025 / Hari Malaysia

tema hari kebangsaan 2025


Tema dan logo bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia  (HKHM) menjadi satu simbol serta elemen penting dalam sambutan HKHM setiap tahun. Sebagai sebuah negara yang diwarnai dengan  kepelbagaian latar belakang rakyat, pemilihan tema dan logo HKHM 2025 jelas mencerminkan prinsip dan nilai kesatuan rakyat Malaysia yang menghargai detik  keamanan yang dikecapi ketika ini.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tema HKHM  tahun 2025 ialah ‘Rakyat Disantuni’ manakala logo Malaysia MADANI kekal dijadikan logo rasmi sambutan  HKHM tahun ini.

Rasional Tema Hari Kebangsaan 2025

Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan. 

Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.

Penekanan pada tema "Rakyat Disantuni" pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

tema dan logo hari kebangsaan 2025


Rasional Logo Hari Kebangsaan 2025

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini  berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.

tema dan logo hari kebangsaan 2025



Sumber: www.merdeka360.my


Post a Comment for "Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2025 / Hari Malaysia"