Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa ambilan 2026
Tarikh Permohonan HLP, HLPS dan CBBP TB
Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS)), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2026 akan dibuka pada 18 Disember 2025 (Khamis), pukul 10:00 pagi hingga 19 Januari 2026 (Isnin), pukul 5:00 petang.
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
Cara membuat permohonan
Mohon di sini : ePenawaran
Baca
- Syarat Permohonan HLP 2026 (Pautan akan dikemaskini nanti)
- Senarai Bidang Pengajian HLP 2026 (Pautan akan dikemaskini nanti)
Sumber: KPM

Post a Comment for "Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2026"