Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Menengah Rendah

ujian akhir sesi akademik menengah


UASA merujuk kepada Ujian Akhir Sesi Akademik untuk menilai tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran pada akhir sesi akademik. 

UASA melibatkan murid sekolah rendah iaitu tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 dan nelibatkan murid menengah rendah yang terdiri daripada murid tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

UASA bagi peringkat Menengah Rendah melibatkan mata pelajaran

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

Apa itu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat.

Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

Baca Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Sekolah Rendah

Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan format instrumen pentaksiran dan pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) menerusi pelbagai platform seperti TVDidikKPM dan hebahan menerusi surat.

Baca juga Garis Panduan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Cikgu-cikgu dan pelajar bolehlah memuat turun format instrumen pentaksiran UASA melalui pautan di bawah

 Download

Sumber: KPM

Post a Comment

Previous Post Next Post