Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2026 akan dilaksanakan mulai 29 Jun 2026 mengikut jadual yang ditetapkan di seluruh negara
Ibu bapa dan pelajar Tahun 5 KAFA digalakkan untuk mengambil maklum tarikh-tarikh penting ini bagi persiapan yang lebih awal. UPKK merupakan penilaian penting yang menilai tahap penguasaan, kefahaman dan penghayatan murid terhadap pendidikan Islam secara menyeluruh
Apa Itu UPKK?
UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA merupakan instrumen penilaian berpusat di bawah seliaan JAKIM yang dikhususkan untuk murid Tahun 5 di seluruh kelas KAFA di Malaysia . Ia menguji keupayaan murid dalam pelbagai aspek ilmu agama termasuk :
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
- Bahasa Arab
Kepentingan UPKK
Keputusan UPKK yang cemerlang sering menjadi salah satu syarat utama kepada pemilihan dan kemasukan murid ke sekolah menengah agama seperti :
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Maahad Tahfiz
Tips Persiapan Menghadapi UPKK 2026
- Kenal pasti jadual penuh – Tandakan tarikh-tarikh penting dalam kalendar keluarga.
- Fokus kepada semua komponen – UPKK bukan sekadar ujian bertulis; komponen amali dan hafazan turut dinilai.
- Rujuk guru KAFA – Dapatkan panduan dan bahan ulang kaji daripada guru bagi setiap subjek.
- Amalkan hafazan secara konsisten – Bagi komponen IKP Hifz al-Quran yang berlangsung pada 3-6 Ogos.
- Pastikan kehadiran – Kehadiran pada semua komponen pentaksiran adalah wajib

Post a Comment for "Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2026"