1. Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


Permohonan PISMP Dibuka dan Ditutup


Semua pemohon perlu melayari laman web https://pismp.moe.gov.my  mulai 19 Mac 2019 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program dan cara memohon.

Tarikh tutup permohonan : 25 Mac 2019 (11.59 malam)

Pertanyaan Berkaitan Permohonan PISMP


Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian: 03-8312 6720 / 6678 / 6768  /6693 / 6733 / 6731 / 6689 /  6760   / 6758 / 6769

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6768/6758/6693 /6678/6733/6731/6769 /6689/6760

Keterangan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)



  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  3. Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.


Syarat Umum Program PISMP

  • Warganegara Malaysia.

  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.

  • Sihat tubuh badan.

  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.


Syarat Akademik Program PISMP

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: (Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; dan Sejarah)

  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan


Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Rendah



  • Bahasa Melayu

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

  • Sejarah

  •  Pendidikan Seni Visual

  • Pendidikan Jasmani

  • Pendidikan Islam

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Pendidikan Khas

  • Bimbingan dan Kaunseling

  • Bahasa Iban

  • Bahasa Kadazandusun


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pendidikan Rendah



  • Bahasa Melayu

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

  • Sejarah

  • Pendidikan Seni Visual

  • Pendidikan Jasmani

  • Pendidikan Islam

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Pendidikan Muzik

  • Bimbingan dan Kaunseling

  • Rekabentuk dan Teknologi

  • Matematik

  • Sains

  • Bahasa Cina


Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pendidikan Rendah



  • Bahasa Melayu

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

  • Sejarah

  • Pendidikan Seni Visual

  • Pendidikan Jasmani

  • Pendidikan Islam

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Pendidikan Muzik

  • Bimbingan dan Kaunseling

  • Rekabentuk dan Teknologi

  • Matematik

  • Sains

  • Bahasa Tamil


Calon Tidak Layak Memohon



  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Cara Memohon PISMP



  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.

  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

  6. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 memberi infomasi kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2018.

Untuk infomasi terbaru yang cepat dan pantas? Jangan lupa subscribe channel terbaru telegram kami https://t.me/cikgupress