Pertukaran Guru Secara Online Berakhir 27 Mac Ini. Sistem Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.

  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.

  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.

  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.


Pertukaran Guru Secara Online Berakhir 27 Mac Ini


Pertukaran guru secara online dalam modul eGTukar akan berakhir pada 27 Mac 2019 (Rabu) ini. Guru-guru yang belum membuat permohonan bolehlah berbuat sedemikian sebelum portal eGTukar ditutup. Permohonan eGTukar perlulah mendapat pengesahan dari pentadbir sebelum diproses ke peringkat seterusnya.

Analisis eGTukar Setakat 17 Mac 2019


Berdasarkan tinjauan cikgupress di portal egtukar, statistik pertukaran guru sekolah rendah mengalami peningkatan sejak seminggu yang lepas dengan Kelantan mempunyai 2409 permohonan masuk, diikuti Terengganu 1153 permohonan masuk. Permohonan keluar Johor adalah yang paling tinggi iaitu 2092 permohonan keluar diikuti Selangor 1762 permohonan dan Sarawak 1744 permohonan keluar.



Manakala bagi sekolah menengah pula statistik pertukaran guru juga menunjukkan peningkatan sejak seminggu yang lepas dengan Kelantan mempunyai 2079 permohonan masuk, diikuti Terengganu 1112 permohonan masuk. Permohonan keluar pula menunjukkan Johor adalah yang paling tinggi iaitu 1486 permohonan keluar diikuti Kuala Lumpur 1090 permohonan dan Selangor 957 permohonan keluar.



Berdasarkan statistik di portal eGTukar, Kelantan dan Terengganu masih menjadi negeri yang mempunyai permohonan masuk yang paling tertinggi. Manakala permohonan keluar banyak berlaku di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Baca Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru

Semoga perkongsian tentang Pertukaran Guru Secara Online Berakhir 27 Mac Ini memberi infomasi kepada guru-guru yang belum membuat permohonan secara atas talian.

Mohon di sini: https://epgo.moe.gov.my/

Untuk infomasi terbaru yang cepat dan pantas? Jangan lupa subscribe channel terbaru telegram kami https://t.me/cikgupress