Pendidikan Sivik, Mengapa Diperkenalkan?

Pendidikan Sivik, Mengapa Diperkenalkan? Melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Menteri Pendidikan iaitu YB Dr Maszlee Malik menyatakan pendidikan sivik sangat penting untuk membentuk seorang warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sivik bererti ilmu tatarakyat, atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat. Mengungkap kepentingan pendidikan sivik ini, Bertrand Russell pernah berkata, “Without civic morality communities perish; without personal morality their survival has no value.”

Baca Kenapa Pendidikan Sivik Diperkenalkan

Maka, bermula Jun 2019, Pendidikan Sivik telah mula diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Segala modul, konsep dan pendekatan baharu telah dilaksanakan secara menyeluruh.


Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Sivik, KPM telah menetapkan Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa  Melayu,  Bahasa Inggeris,  Pendidikan Islam,  Pendidikan Moral  dan Sejarah. Kita cuba mengelakkan berlakunya pertambahan waktu yang kemudiannya menjadi beban kepada para guru dan murid.

Bagaimana Pendidikan Sivik Dilaksanakan


Infografik: KPM

Sumber: KPM 




Previous Post Next Post