Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan

 Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957.

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan memberi peluang kepada murid untuk mencintai dan menyayangi negara Malaysia.Di samping itu juga murid dapat menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia supaya kekal aman, maju dan makmur.

Objektif Sambutan Hari Kebangsaan

  • Menyemai semangat cintakan negara Malaysia
  • Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini
  • Meningkatkan semangat patriotism di kalangan warga sekolah
  • Mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini
  • Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan

Buku Program Hari Kebangsaan

Pada hari ini, Cikgu Press ingin berkongsi Buku Program Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan yang akan di sambut pada bulan Ogos nanti. Semoga bermanfaat. 

Cikgu-cikgu boleh muat turun buku program ini melalui telegram @cikgupress dengan klik butan download di bawah

Sila tekan link download di bawah untuk proses muat turun. Semoga bermanfaat.



buku program bulan kemerdekaan

buku program bulan kemerdekaan


Previous Post Next Post