Analisa Pertukaran Guru Sesi Januari 2020


Pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi januari 2020 melalui modul eGTukar telah diproses oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pelulus keluar pada 8 September hingga 14 September 2019 yang lalu.

Muat turun surat Siaran Pertukaran Guru di SINI

Manakala bagi PPD masuk (pelulus masuk) telah memproses permohonan pertukaran bagi sesi Januari 2020 pada 15 September hingga 20 September yang lalu. Pegawai-pegawai pertukaran  di peringkat JPN dan bahagian KPM juga mengambil tindakan terhadap proses pertukaran ini dari 8 September hingga 25 Oktober 2019.

Analisa Pertukaran Guru Sesi Januari 2020


Berdasarkan laman web eGTukar, analisis pertukaran guru bagi sesi januari 2020 bagi sekolah rendah adalah seperti berikut dengan permohonan masuk ke Kelantan adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 2816 permohonan, diikuti terengganu (1323) seterusnya Selangor dan Pulau Pinang.


Permohonan keluar bagi sekolah rendah menunjukkan Johor mempunyai permohonan keluar yang tertinggi iaitu sebanyak 2261 permohonan, diikuti Selangor (1969), Sarawak (1907) dan Kuala Lumpur (1061).



Manakala bagi sekolah menengah, analisis pertukaran guru menunjukkan permohonan masuk ke Kelantan masih mendahului negeri lain dengan 2391 permohonan, diikuti Terengganu (1253) dan Selangor (831). Manakala permohonan keluar bagi sekolah menengah menunjukan Johor mendahului permohonan keluar dengan 1687 permohonan diikuti Kuala Lumpur (1212) dan Selangor (1091).



Wajaran Pertukaran Guru (Alasan Pertukaran)


Permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang kronik, kekosongan jawatan di negeri atau daerah semasa dan keperluan perkhidmatan. Faktor kelulusan pertukaran juga bergantung kepada wajaran pertukaran (point) di jadual wajaran pertukaran guru di bawah yang dikongsikan oleh pegawai di bahagian pertukaran.





Semoga perkongsian ini memberi sedikit infomasi kepada guru-guru yang memohon pertukaran pada sesi Januari 2020. CikguPress akan mengemaskini tarikh semakan permohonan pertukaran apabila mendapat maklumat. Semoga berjaya.

Laman web : eGTukar
Previous Post Next Post