Senarai Alat Bantu Mengajar PAK21


Pengajaran memerlukan sesuatu alat atau objek yang membantu kita untuk menyampaikan sesuatu. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi sesuatu perkara yang kita sampaikan.

Rangsangan diperlukan oleh pelajar bagi membantu mereka untuk memahami isi kandungan pelajaran semasa proses pembelajaran.  Jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Pemilihan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman seseorang pelajar. Oleh yang demikian kita boleh merumuskan bahawa alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran.

Kepentingan Menggunakan ABM PAK21


  1. dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
  2. Meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Meningkatkan minat untuk belajar.
  4. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
  5. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
  6. Dapat menimbulkan keseronokan belajar 
  7. Membantu menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.
  8. Menyediakan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik 
  9. Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.
  10. Meningkatkan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar.
  11. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
  12. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.


Pada hari ini, Cikgu Press ingin berkongsi senarai ABM yang boleh membantu guru-guru menwujudkan suasana pembelajaran abad ke-21 (PAk21) di dalam kelas. Alat ini dapat membantu guru-guru untuk meransang minat dan perkembangan pelajar dengan lebih baik. Antara ABMnya ialah;












Previous Post Next Post