Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2020


Keputusan Pertukaran Guru Januari 2020. Mungkin ada di antara guru-guru tidak sabar menunggu keputusan pertukaran guru terutamanya bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan pasangan dan keluarga.

Menurut pegawai di bahagian pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi facebook, tarikh keputusan pertukaran guru januari 2020 antara negeri akan diketahui pada 11 November 2019 (Isnin). Semakan keputusan boleh dilakukan bermula jam 6.00 petang menerusi portal eGTukar.

Mungkin ada sinar harapan kepada guru-guru yang memohon pertukaran pada kali ini. Cikgu Press berharap guru-guru yang memohon pertukaran akan mendapat khabar gembira nanti.
Previous Post Next Post