McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi 2020. Setiap individu tak kira mereka yang masih belajar ataupun yang telah bekerja mungkin mempunyai seorang guru atau lebih yang mereka jadikan sebagai contoh dan idola. Guru tersebut mungkin memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Jika ada guru yang telah memberi inspirasi kepada kita untuk berjaya, jom kita calonkan guru-guru yang kita sayangi untuk Anugerah Guru Inspirasi 2020 yang telah dianjurkan oleh McDonald’s.

Apa Itu Anugerah Guru Inspirasi 2020?


McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi kini kembali buat kali keempat bagi menghargai guru-guru yang telah melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

Seorang guru yang sedia membantu, membuka minda dan menyentuh hati kita. Mereka banyak membantu dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Tahun ini anda boleh berkongsi cerita inspirasi anda dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

Kongsikan kisah seorang guru yang telah menjadi inspirasi kepada anda sebelum 30 Mac 2020.

Calonkan Guru Anda (KLIK SINI)

Sumber: McDonald’s

Post a Comment

Previous Post Next Post

Like Us On Facebook