program NPQEL
Photo by You X Ventures on Unsplash

Permohonan Mengikuti Program NPQEL Tahun 2021. Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 akan dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020.

Sila layari laman NPQEL MPPS

Syarat - Syarat Permohonan NPQEL


Syarat Umum
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
  5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
  6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus
  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
  2. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu: Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam; serta Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
  4. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
  5. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013). 
Muat turun

Post a Comment

Previous Post Next Post