Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di https://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2(6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM untuk makluman dan rujukan.
Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.
Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Surat tawaran dari pusat pengajian;
- Senarai penuh mata pelajaran yang bakal diambil;
- Kalendar akademik pengajian;
- Surat lantikan ke Perkhidmatan Awam;
- Salinan Buku Perkhidmatan yang lengkap;
- Borang pengesahan berpindah dan kebenaran membawa keluarga;
- Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan);
- Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau borang pemeriksaan kesihatan pusat pengajian – disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah;
- Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara – bagi Ijazah Pertama;
- Salinan Sijil Kolej Komuniti/Sijil TVET dalam bidang yang sama – bagi Diploma TVET;
- Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET – bagi Sijil dan Diploma TVET; dan
- Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
Bahagian Profesionalisme Guru
Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Shaharudin bin Said
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
No. Tel. : 03-8872 1514
Emel : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my
Nama : Puan Paridah binti Ali
No. Tel. : 03-8884 7947
Emel : paridah.ali@moe.gov.my
Nama : Encik Shaharudin bin Said
No. Tel. : 03-8884 1065
Emel : shaharudin.said@moe.gov.my