Melukis gambarajah pecahan untuk dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) sangat lah mudah kerana pelbagai aplikasi dan website telah disediakan secara percuma untuk semua guru.
Bagi saya, saya lebih suka menggunakan aplikasi pecahan yang disediakan oleh MATH LEARNING CENTER untuk melukis gambarajah pecahan. Walaupun bentuk pecahan hanya ada dua jenis sahaja iaitu berbentuk bar dan bulat yang di sediakan oleh laman web ini, namun bagi saya sudah berbaloi untuk menyediakan ABM kepada murid-murid.
Aplikasi ini membolehkan kita memilih model pecahan dan bilangan bahagian yang sama. Gunakan warna untuk memilih bahagian tertentu untuk menunjukkan pecahan keseluruhan. Oleh yang sedemikian, aplikasi ini sangat senang digunakan dan masa untuk menyediakan ABM ini adalah singkat dan cepat.
Untuk mencuba bolehlah ke website tersebut >>MATHLEARNINGCENTER<<
Contoh gambarajah pecahan yang cikguwan lukis..