Panduan PdP Sains KSSR Semakan Tahun 1 - 6

panduan pdp sains


Modul dan panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini merupakan panduan yang boleh digunakan oleh guru di peringkat sekolah. 


Panduan PdP yang dikeluarkan oleh BPK ini merupakan contoh yang boleh digunakan di dalam bilik darjah sebagai garis panduan untuk mengajar dan membuat pentaksiran. Panduan pengajaran dan pembelajaran ini juga disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan sains. 


Panduan PdP ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh digunapakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubahsuai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan.


Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru melaksanakan kurikulum KSSR yang dihasratkan dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.


Muat turun modul/panduan pengajaran dan pembelajaran Sains KSSR semakan untuk rujukan guru-guru melalui BPK atau pautan di bawah


Panduan PdP Sains KSSR Semakan













Previous Post Next Post