Soalan Lazim (FAQ) Pengurusan Asrama Sekolah KPM

soalan lazim pengurusan asrama

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASRAMA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Bilakah murid asrama harian bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 kembali bersekolah?

Murid akan memulakan persekolahan pada 15 Julai 2020. Walau bagaimanapun, bagi sekolah harian berasrama yang tidak dapat menampung kesemua murid (setelah mengambil kira penjarakan sosial), pihak sekolah akan berhubung terus dengan ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan tarikh kemasukan anak/anak jagaan mereka.

2. Bilakah murid asrama harian bagi sekolah rendah kembali bersekolah?

Murid tahun 5 dan tahun 6 akan memulakan persekolahan pada 15 Julai 2020 dan murid tahun 1 hingga tahun 4 pada 22 Julai 2020. Walau bagaimanapun, bagi sekolah harian berasrama yang tidak dapat menampung kesemua murid (setelah mengambil kira penjarakan sosial), pihak sekolah akan berhubung terus dengan ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan tarikh kemasukan anak/anak jagaan mereka.

3. Bilakah murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN), dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) kembali bersekolah?

Pada 3 Ogos 2020.

4. Adakah semua murid yang tinggal di asrama dibenarkan pulang sempena cuti Hari Raya Aidiladha?

Ya.

5. Adakah murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN), dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) yang telah membeli tiket dibenarkan kembali ke sekolah pada 15 Julai 2020?

Ya.

6. Adakah semua murid yang tinggal di asrama kolej vokasional (KV) perlu mendaftar pada 15 Julai 2020?

Tidak. Pembukaan semula sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada 15 Julai 2020 hanya melibatkan murid Tahun 1 (Tingkatan 4) Sijil Kemahiran Malaysia Mengikut Tahap (SKM MT) dan perantis Tahun 1 (Tingkatan 4) Program Apprenticeship Mod Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Murid Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) perlu mendaftar mengikut sistem dan takwim pengajian KV yang telah ditetapkan.


Sumber: KPM

Pengurusan Asrama

Pengurusan Asrama

Pengurusan Asrama

Previous Post Next Post