Permohonan HLP dan Cuti Belajar Ambilan 2021
Table of Contents
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa ambilan 2021
Cara Membuat Permohonan
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 18.12.2020 (Jumaat) hingga 15.01.2021 (Jumaat) mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran.Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
ePenawaran
Sumber: KPM

Post a Comment