Permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2022 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021.
Permohonan kemasukan ke prasekolah boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi e-Prasekolah KPM dengan klik pautan di bawah
Permohonan secara manual boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon bermula juga pada 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021
Syarat Kelayakkan
- Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018
Semak status permohonan prasekolah 2022
Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2022 bermula 5 Ogos 2021. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021. Sila rujuk manual pengguna untuk panduan
Permohonan bagi pengguna baru
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif