Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat 2021

ujian murid pintar

UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai program-program berikut

  • Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM 2021 di Pusat GENIUS@Pintar Negara
  • Untuk kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM
  • Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia 2021 di Kolej GENIUS Insan
  • Program Mukhayyam Al Abrar di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia 2021 untuk kemasukan ke Kolej GENIUS Insan pada tahun 2022
  • Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia 2021 di Kolej GENIUS Insan pada tahun 2022
  • Untuk kemasukan ke SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang) pada tahun 2022

Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).

Untuk maklumat dan pengambilan ujian, murid-murid boleh melayari laman rasmi PERMATA PINTAR

Sumber: KPM

Previous Post Next Post