SPdPR - Sistem Pelaporan PdPR KPM

spdpr


SPdPR ialah Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) yang merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 


SPdPR ialah sistem pelaporan yang standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia bertujuan untuk mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.


Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di 2 negeri rintis iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.


Cikgu-cikgu boleh menonton Panduan Pengisian Pelaporan SPdPR yang dibangunkan oleh  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini dan juga sebagai persediaan menggunakannya nanti.


KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.


Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, Pastikan link anda betul : Bagi negeri rintis, link sPdPR seperti di bawah


1. Johor : https://spjohor.moe.gov.my/

2. Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my


Previous Post Next Post