Pengambilan Khas 18,702 Guru Secara One-Off

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada jam 10.00 Pagi tadi mengumumkan KPM akan melaksanakan pengambilan khas secara one-off seramai 18,702 guru.


Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 itu, akan dibuka mulai 7 Julai untuk membolehkan pendidik ditempatkan secara berperingkat di sekolah masing-masing bermula Oktober depan.


Pengambilan khas 18,702 guru secara one-off' ini bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri selain menjamin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar ketika pandemik Covid-19. Antara  negeri yang berdepan dengan kekurangan guru adalah Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.


pengambilan khas guru


Antara subjek dengan kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah ialah 

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah 
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Manakala di sekolah menengah ialah 

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk dan Teknologi.


Menurut Dr. Radzi juga, pengambilan khas itu bukan mengutamakan calon yang mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan sahaja tetapi calon yang mempunyai kelulusan lain juga akan dipertimbangkan menggunakan pendekatan holistik.


Semoga berita tentang pengambilan khas guru yang akan dibuka pada 7 Julai nanti dapat memberi ruang dan peluang kepada graduan yang benar-benar ingin menjadi guru. 






Previous Post Next Post