mylink


Alhamduilillah syukur kerana kita masih dikurniakan kesihatan yang baik bagi menjalankan amanah untuk mendidik anak bangsa. Walaupun kepuasan mengajar tidak sama sewaktu sebelum pandemik covid, namun kita mesti teruskan berPdPR kita dengan norma baru.


Sepanjang PdPR ini, banyak kita belajar benda baru seperti bergoogle meet, menghasilkan video PdPR, menjalankan pentaksiran secara online, belajar membuat soalan secara vitual dan sebagainya. Syukur kerana kita diberi peluang untuk menambah ilmu. Ada hikmah di sebalik pandemik ini.  


Apa Itu MyLink?


Dua tiga hari lepas ramai bercakap tentang MyLink. Banyak perkongsian dan feedback positif telah  diutarakan oleh guru-guru yang menggunakan MyLink. Kata mereka, MyLink sangat sesuai digunakan untuk berkongsi link atau URL kerana lebih mudah dan sistematik. Dengan hanya satu klik, murid-murid dapat mengakses segala pautan  atau link yang diberikan oleh guru.


Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, jom kita kenali apa itu MyLink. MyLink ialah projek yang dihasilkan oleh Onpay Solutions Sdn Bhd. Jika anda suka membeli belah, sudah tentu anda tahu siapa itu Onpay Solution. MyLink adalah salah satu platform untuk meletakkan pelbagai link dan memudahkan untuk dikongsi. Platform ini banyak digunakan oleh peniaga-peniaga yang menjalankan bisnes secara online.


Pelbagai link / Pautan Boleh Dikongsi


Berbalik kepada isu PdPR, guru-guru banyak memberi pautan/link melalui whatsapp atau telegram kepada pelajar semasa proses PdPR berlangsung. Kadang-kadang link yang diberikan sangat banyak  seperti link kehadiran, google meet, kuiz, link youtube dan sebagainya sehingga ada pelajar terkeliru.


Justeru, dengan menggunakan kemudahan MyLink yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna, setiap pengguna terutamanya guru boleh menjadikan MyLink sebagai one-stop center untuk berkongsi pelbagai pautan atau link dalam satu platform yang sama kepada pelajar.


Platform MyLink ini mungkin sesuai digunakan oleh guru untuk berkongsi URL atau link seperti 

  • channel / link bahan pdpr dari youtube
  • ekehadiran
  • kuiz online
  • google meet
  • zoom
  • media sosial (facebook, whatsapp, telegram, ig, tik tok dan lain-lain)
  • website
  • pertandingan online dan lain-lain


mylink pdpr


Kelebihan Menggunakan MyLink


Antara kelebihan menggunakan MyLink mengikut pendapat Cikgu Press selepas menggunakan kemudahan ini ialah

  • Menjimatkan masa guru
  • Murid boleh mengakses maklumat/link dengan cepat
  • Pelbagai link boleh disimpan dalam satu platform
  • Mudah untuk dibina oleh guru, pelajar dan orang ramai
  • Semestinya percuma


Kemudahan percuma yang telah diberikan oleh MyLink ini memberi ruang kepada kita untuk meletakkan sebanyak 12 link dalam satu platform. Sangat menarik kan? 


Walaupun banyak kelebihan yang ada pada MyLink dapat membantu para guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan links yang terlalu banyak, namun jika capaian internet adalah tidak baik terutamanya di luar bandar dan pedalaman, ini sangat menyukarkan pelajar untuk mengakses segala pautan yang ada. 


Jika cikgu-cikgu ingin mencuba untuk menggunakan MyLink ini, bolehlah baca perkongsian di bawah. 


Cara Guna MyLink

1. Klik https://mylink.la/


2. Klik butang DAFTAR

daftar mylink


3. Daftar akaun di MyLink boleh menggunakan akaun Google, Facebook atau secara manual


4.Sahkan email yang dihantar oleh MyLink. Semak email jika ada pengesahan yang dihantar.


5. Edit profile dan background dengan klik pada APPEARANCE pada sebelah kiri atas. Boleh edit tajuk mylink dan penerangan, tukar avatar kita, tukar background dan edit alamat URL (sebanyak 4 kali)


edit mylink



6. Klik LINKS disebelah kiri atas untuk memasukkan links yang kita inginkan. Boleh masukkan icon link tersebut dan ubah warna penampilan


mylink


7. Selepas semua siap, boleh lah kongsikan link kepada pelajar atau kepada pelanggan jika anda seorang peniaga dengan klik butang share.


Selesai. Semoga perkongsian ini, memberi input dan manfaat kepada semua. 


Post a Comment