hotlink unlimited


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin harap, cikgu-cikgu dan pelajar masih bersemangat untuk menjalani pembelajaran norma baharu iaitu proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pembukaan sesi persekolahan pun masih menjadi tanda tanya. Harap bersabar menunggu pengumuman dari pihak kementerian. Admin sendiri pun dah tak sabar nak sekolah..


Beberapa hari yang lalu ada ibubapa mesej admin dan mengeluh kerana banyak wang dihabiskan untuk menyediakan data internet bagi tujuan PdPR terutamanya golongan B40 yang terkesan dengan pandemik ini. Ada ibubapa menghabiskan RM15 seminggu untuk 5gb data bagi tujuan PdPR untuk seorang anak. Bayangkan kalau mereka ada 5 orang anak? 


[Baca] Rugi Jika Guru Tidak Menggunakan 1Bestarinet Postpaid


Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa Maxis Hotlink ada menyediakan pass internet (prepaid) untuk data tanpa had (unlimited data) dan call percuma untuk semua rangkaian nombor dengan harga RM35 sebulan bagi kelajuan 3Mbps manakala RM45 untuk kelajuan 6Mpbs. Apa yang lebih menarik, dengan menambah RM5 untuk hotspot, kita boleh menggunakan hotspot tanpa had. 


hotlink pakej


Jadi di sini, dengan pakej RM35 + RM5 (unlimited hotspot) untuk kelajuan 3Mbps, kita hanya perlu membayar RM40 sebulan sahaja untuk mendapatkan data dan hotspot tanpa had (unlimited) dan RM50 untuk kelajuan 6Mpbs.  Selain itu, tiada limit bilangan peranti yang boleh disambung untuk penggunaan hotspot ini. Jimat tak?


Jadi, tak kira lah berapa orang anak atau berapa banyak gadget yang ada, kita hanya perlu melanggan RM40 dan berkongsi data dengan yang lain melalui hotspot. Ibubapa yang bekerja di rumah boleh berkongsi data dengan anak-anak yang berPdPR tanpa ada gangguan.


Untuk pengetahuan cikgu-cikgu juga, langganan hotspot sebanyak RM5 adalah untuk tempoh sebulan bergantung kepada tarikh cikgu-cikgu melanggan pakej RM35 itu. Bagi admin, ini sudah memadai untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak yang ramai.


[Baca] FAQ Add-on Hotspot Pass


Guru-guru dan ibubapa yang ingin menjimatkan budget data sempena PdPR bolehlah menggunakan prepaid hotlink ini. Cara nya sangat mudah, bagi pengguna hotlink prepaid yang sedia ada, bolehlah masuk ke apps hotlink dan klik "Buy a pass?" dan ikut langkah seterusnya.. Kalau pengguna baru kenalah beli sim kad baru ya.


hotlink unlimited

 


Celcom, Digi ada buat pakej ni tak?


Admin adalah pengguna perkhidmatan Maxis, Celcom, Digi dan Yes (diberi KPM). Celcom pun ada membuat pakej RM35 untuk unlimited data tetapi hotspot yang diberi hanya 3gb sahaja. Pakej yang ditawarkan celcom hanya berbaloi jika anda menggunakan telefon sahaja untuk berPdPR tanpa berkongsi hotspot. 


Pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan adalah berbeza. Jadi, pilihlah mana-mana perkhidmatan yang mempunyai coverage yang baik supaya kita puas hati. 


Kongsikan artikel ini kepada ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang hal ini. Hal ini mungkin sedikit sebanyak membantu mereka dalam menjimatkan data sempena PdPR ini. Jangan lupa share. Ada cikgu-cikgu langgan unlimited data hotlink tak? Share lah pengalaman anda di bawah


#ini bukan post berbayar ya. Ini adalah pengalaman admin sendiri menggunakan pakej ni,




Post a Comment