Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Keputusan Tawaran Ke Tingkatan 6 (2021)

tawaran ke tingkatan 6


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam laman rasminya telah memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 akan diumumkan pada 5 Julai 2021.


Tarikh Semakan Keputusan 


Murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021


Kaedah Semakan Keputusan


Keputusan semakan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 boleh dilakukan melalui kaedah berikut, 


Semakan secara online


Semakan secara dalam talian menerusi Portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.gov.my/


Semakan bagi pelajar yang tiada internet


Bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran.


Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6


Bagi murid lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam tetapi tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid.


Tempoh rayuan ke tingkatan 6


Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai 2021.


Keputusan permohonan rayuan


Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui portal yang sama. Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama.


Sesi pengajian bermula


Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B. 


[Download] Kenyataan Media KPM


Sumber: KPM

Post a Comment for "Keputusan Tawaran Ke Tingkatan 6 (2021)"