Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 ini merupakan dokumen yang telah dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 yang telah dikeluarkan pada 9 Februari 2021.
Garis panduan ini disediakan dengan mengambil kira Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai langkah persediaan untuk pembukaan sekolah secara bersemuka. Aspek penting yang diberi perhatian adalah keselamatan dan kesihatan warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat.
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah dalam mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, arahan dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.