SumberKU: Koleksi Bahan PdP Digital

sumberku


Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan satu platform kepada guru-guru, ibubapa dan pelajar untuk mengakses bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Platform yang dimaksudkan ini ialah SumberKu.


SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.


SumberKu mengandungi bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk membantu murid memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang telah diperolehi dan seterusnya menggunakan bahan tersebut untuk aktiviti pengayaan supaya murid dapat menguasai semua kandungan kurikulum yang telah diajar


Sumberku ini juga merupakan pusat sehenti untuk memudahkan guru, murid dan ibu bapa mengakses pelbagai bentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) digital. Bahan ini boleh dijadikan sebagai aktiviti pembugaran, pengukuhan dan pengayaan murid ketika berada di rumah.


SumberKU boleh diakses melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau melalui pautan https://sumberku.moe-dl.edu.my


Sumber: KPM

Previous Post Next Post